Nama seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun disenaraikan dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) apabila menjadi penyumbang termuda Yayasan Sultan Ibrahim Johor.

Krishh Haran Nair menyumbang RM7,000 kepada yayasan berkenaan hasil jualan buku penulisannya bertajuk ‘The Mysterious War to the Deep’.

Pencapaian tersebut direkodkan sebagai jumlah tertinggi sumbangan kepada yayasan melalui jualan buku oleh seorang kanak-kanak.

Pengiktirafan disampaikan Perunding Rekod Kanan MBOR, Edwin Tiong Chin dan Eksekutif Kanan, Mohamad Nazrul Nafizi.

Pelajar Sunway International School Sunway Iskandar itu kini dalam usaha menyiapkan buku keduanya ‘Pillar and The Golden Sword’ dengan kutipan jualan disasarkan untuk disumbangkan kepada anak-anak yatim piatu COVID-19

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini