32 penumpang termasuk dua kanak-kanak maut apabila sebuah bas jatuh dari tebing di Peru, awal pagi semalam.

Lebih 20 lagi dilaporkan cedera.

Tragedi itu adalah yang ketiga terburuk di negara itu dalam tempoh empat hari.

Kemalangan berlaku di jalan Carretera Central yang sempit, kira-kira 60 kilometer di timur ibu negara, Lima.

Komander polis, Cesar Cervantes mengesahkan dua kanak-kanak maut.

Semasa kejadian, bas itu membawa 63 penumpang.

Pegawai tempatan, Freddy Laorte menyatakan, 29 daripadanya meninggal dunia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini