Seorang kanak-kanak autisme berusia lapan tahun, Muhd Ramadhan Muhd Ridhwan hilang selepas keluar dari rumah di Kampung Rantau Panjang, Kuching petang semalam.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Henderi Ardimansyah, setakat pukul 12 tengahari tadi, mangsa masih gagal ditemui.

Henderi memberitahu, pasukan anjing pengesan K9 digerakkan bagi membantu lebih 20 anggota pasukan penyelamat.

Operasi pencarian mangsa turut meliputi di air dan dari udara menggunakan dron.

Menurut datuk mangsa, Mohamad Nor Ali, ini bukan kali pertama cucunya hilang.

Muhd Ramadhan dikatakan keluar dari rumah kira-kira pukul 2 petang semasa hujan lebat.

Lokasi terakhirnya dilihat ialah berhampiran jalan masuk ke hutan di hujung kampung.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini