Kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun akan diberikan vaksin COVID-19 Pfizer.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata pihaknya akan turut meneliti pilihan bekalan vaksin lain di pasaran seperti Sinovac untuk dimasukkan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan PICK Kanak-kanak.

Selasa lalu, panel Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat mengesyorkan vaksin Pfizer untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, selepas penelitian agensi berkenaan mendapati manfaat suntikan pelalian itu melebihi risiko.

Selaras dengan keputusan FDA itu, Khairy berkata, Malaysia akan teruskan usaha perolehan Pfizer untuk kanak-kanak.

Menerusi PICK Remaja, Malaysia merintis usaha pemberian suntikan vaksin kepada golongan terbabit yang berusia antara 12 hingga 17 tahun bermula pada 20 September.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini