Malang tidak berbau, seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam sungai. Kejadian berlaku di Kampung Perupok, Yan, Kedah, lewat petang semalam.

Mayat mangsa, Mohd Hafiz Izzan Awari ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh, kira-kira pukul 10 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Yan, DSP Shahnaz Akhtar Haji berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 6.45 petang.

Hasil siasatan awal, mangsa bersama ibunya berusia 36 tahun dan kakaknya yang berusia 9 tahun datang ke rumah nenek mereka di kampung tersebut. Kanak-kanak tersebut bersama kakaknya kemudian pergi bermain di tepi sungai sebelum kakaknya pulang ke rumah dan meninggalkan adiknya bermain seorang diri.

Ibu dan kakaknya kemudian pergi semula ke tepi sungai dan mendapati kanak-kanak tersebut tiada disitu dan hanya menemui basikalnya di tempat kejadian. Mangsa dipercayai tergelincir ke dalam sungai sebelum dihanyutkan arus deras.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini