Jangkitan COVID-19 varian Omicron menyebabkan ramai kanak-kanak kecil di Afrika Selatan dimasukkan ke hospital.

Namun doktor di negara berkenaan mengatakan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan kerana ia sukar dibuktikan.

Sepanjang seminggu sejak Afrika Selatan memaklumkan penemuan varian baharu COVID-19 itu, jangkitan menular lebih cepat di negara itu berbanding tiga gelombang terdahulu.

Kes yang berasal dari kluster pertama dikesan dalam kalangan pelajar universiti merebak dengan pantas dalam kalangan anak muda selain berpotensi menjangkiti golongan lebih berusia.

Namun jelas saintis dan pegawai kesihatan, ramai kanak-kanak berumur bawah lima tahun dimasukkan ke hospital dengan kadar positif lebih tinggi dalam kalangan yang berusia 10 hingga 14 tahun.

Jelas pakar kesihatan awam Institut Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NICD), Dr Wassila Jassat, peningkatan mendadak merentasi setiap kumpulan usia terutama di bawah lima tahun yang dirujuk ke hospital.

Antara puncanya kerana kanak-kanak bawah 12 tahun belum layak divaksinasi di Afrika Selatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini