Seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai.

Kejadian berlaku di Kampung Perupok,Yan, Kedah, lewat petang semalam.

Ketua Polis Daerah Yan, DSP Shahnaz Akhtar Haji berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 6.45 petang.

Hasil siasatan awal, kanak-kanak tersebut, Mohd Hafiz Izzan Awari bersama ibu dan kakaknya yang berusia 9 tahun datang ke rumah nenek mereka di kampung tersebut.

Kanak-kanak tersebut dan kakaknya kemudian pergi bermain di tepi sungai sebelum kakaknya pulang ke rumah dan meninggalkan adiknya bermain seorang diri.

Ibu dan kakaknya kemudian pergi semula ke tepi sungai dan mendapati kanak-kanak tersebut tiada disitu dan hanya menemui basikalnya di tempat kejadian.

Bimbang kejadian buruk menimpa mangsa,ibunya menghubungi talian kecemasan 999.

Pihak polis bersama Bomba dan RELA sedang giat menjalankan Operasi mencari dan menyelamat di sekitar kawasan kejadian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini