Di Belanda, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan bunga api.

Kejadian berlaku meskipun terdapat larangan di seluruh negara untuk mengadakan pertunjukan bunga api untuk menyambut Tahun Baharu.

Insiden berlaku di bandar kecil timur Haaksbergen berhampiran sempadan Jerman.

Semasa kejadian, kanak-kanak itu sedang memerhatikan seorang lelaki menyalakan bunga api menggunakan peranti buatan sendiri.

Lelaki berkenaan telah ditahan bagi membantu siasatan.

Sebelum pandemik COVID-19, Belanda secara tradisi merayakan Tahun Baharu dengan mengeluarkan peruntukan besar untuk bunga api.

Bagaimanapun, amalan itu dilarang sejak dua tahun lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini