Susulan kes kanak-kanak OKU berusia tiga tahun kritikal akibat dadah. Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tiga tahun, bon berkelakuan baik selama tiga tahun dengan cagaran RM3,000 dan khidmat masyarakat selama 180 jam oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. 

Tertuduh Mohd Shahrizuan Alias, 32 tahun yang juga sepupu kepada bapa kanak-kanak tersebut, mengaku bersalah di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mendedahkan kanak-kanak tersebut kepada dadah berbahaya jenis methamphetamine dan morfin sehingga menyebabkan mangsa mengalami ‘Drug Toxicity’. 

Kesalahan dilakukan di tepi sungai Kampung Sri Jaya, Mahligai, Dabong, Kuala Krai pada petang, 18 Jun lalu. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.19 Jun lalu, pihak Hospital Gua Musang menerima pesakit kanak-kanak tersebut yang dibawa ibunya untuk mendapatkan rawatan.

Ujian saringan air kencing mendapati kanak-kanak itu positif dadah jenis methamphetamine dan morfin serta dipercayai terlebih dos hingga kritikal. Sehari sebelum itu, kanak-kanak OKU itu dibawa keluar oleh tertuduh untuk mandi sungai. 

Mangsa dipercayai meminum air mengandungi dadah milik tertuduh yang diletakkan di dalam kereta.