Selepas 4 hari terperangkap dalam perigi sempit, kanak-kanak lelaki kurang upaya berusia 10 tahun, berjaya diselamatkan.

Rahul Sahu yang mengalami masalah pendengaran dan pertuturan, jatuh ke dalam perigi sedalam 24 meter petang Jumaat lalu, ketika bermain di halaman belakang rumahnya di wilayah tengah, Chhattisgarh.

Sahu ditemukan Pasukan Kecemasan dalam keadaan lemah dan telah dikejarkan ke hospital di daerah berdekatan.

Sepanjang operasi menyelamat, jentera penolak tanah dan kren digunakan bagi menggali terowong di sebelah telaga, dengan kelebaran yang kecil.

Cuaca buruk serta ancaman ular berbisa dan kala jengking yang ditemui ketika penggalian turut menghalang usaha menyelamat.

Kamera digunakan untuk memantau keadaan dan pergerakan Sahu, selain paip oksigen disediakan bagi menyalurkan udara segar kepadanya ketika usaha menyelamat dijalankan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini