Perkembangan kanak-kanak empat tahun yang kritikal selepas dikesan terdapat dadah dalam badan.

Dia kini dilapor telah sedarkan diri dan mampu bernafas seperti biasa tanpa bantuan mesin.

Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun, kanak-kanak itu kembali normal dan memberi tindak balas seperti biasa.

Mangsa akan dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai dalam masa terdekat.

Beliau ditemui ketika mewakili Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid yang berkenan mengurniakan sumbangan kepada ibu mangsa di Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu.

Berikutan kejadian itu, suspek yang juga bapa saudara mangsa direman hingga Ahad ini bagi membantu siasatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini