Seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun ditemui duduk di sebatang anak sungai, selepas tiga hari dilaporkan hilang di kawasan hutan di Australia.

Operasi pencarian Anthony “AJ” Elfalak melibatkan ratusan anggota keselamatan selepas dia dilaporkan hilang dari kawasan rumah keluarganya berdekatan Kampung Putty di utara Sydney.

AJ yang juga merupakan anak autisme, dikesan menerusi helikopter pada pagi Isnin lalu, kira-kira 470 meter dari rumahnya.

Tubuh AJ mempunyai kesan digigit semut, terdapat ruam lampin dan melecet.

Namun, Paramedik memaklumkan kanak-kanak itu berada dalam keadaan baik

Polis menyifatkan, kemampuan AJ mencari air minum adalah faktor utama kelangsungan hidupnya di kawasan yang bersuhu serendah 6 darjah Celsius.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini