Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di Glasgow menerima ‘Anugerah Bilik Paling Bersepah di United Kingdom’ dalam satu pertandingan yang dianjurkan oleh syarikat menghasilkan katil, Happy Beds.

Penyertaan Emily dalam pertandingan itu dilakukan oleh bapanya, Steve selepas dia tidak tahan melihat bilik anaknya yang terlalu bersepah.

Menerusi pertandingan yang dianjurkan, Happy Beds mencari mana-mana bilik kanak-kanak yang paling bersepah sebagai juara.

Pertandingan itu mendapat sambutan menggalakkan daripada golongan ibu bapa dengan kebanyakannya menghantar gambar bilik anak mereka yang bersepah.

Jika menang, mereka akan diberi katil baharu keluaran Happy Beds yang berharga 400 pound atau RM2,254.

Menurut bapanya,  Emily hanya menggunakan biliknya untuk menukar pakaian dan meletakkan apa sahaja di dalamnya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini