10,000 ekor ayam mati rentung di Bau, Sarawak selepas kandang yang menempatkan ternakan terbabit musnah terbakar, pagi tadi.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Henderi Ardimansyah,  ketika kejadian, kesemua haiwan ternakan terbabit gagal dikeluarkan pemiliknya.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca kebakaran sedang disiasat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini