Pihak berkuasa Colombia mengeluarkan rakaman baharu dua lagi bangkai kapal yang ditemukan di luar pantai Cartagena, dipercayai karam lebih 300 tahun lalu. Ia dipercayai mempunyai emas bernilai 17 bilion dolar.

Rakaman diambil dalam empat misi pemerhatian dilakukan tentera laut Colombia, menggunakan kenderaan kawalan jauh yang dihantar jauh ke dasar laut. Imej biru dan hijau menunjukkan syiling emas, tembikar dan cawan porselin bertaburan di dasar laut.

Imej itu memberi gambaran tentang harta karun kapal itu yang dianggap bernilai berbilion dolar. Colombia berhasrat mencari kira-kira 12 lagi bangkai kapal bersejarah dengan teknologi sama. Ia menganggap bangkai kapal yang ditemui di perairan wilayahnya sebagai sebahagian daripada warisan budayanya, bermakna kandungannya tidak boleh dijual.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini