Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menahan kapal kargo yang bersauh tanpa kebenaran di perairan Johor, petang semalam.

Turut ditahan, kesemua 20 kru warga Indonesia, berusia 21 hingga 47 tahun.

Kenyataan Pengarah Maritim Johor – Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria memaklumkan, penahan dibuat di 30.7 batu nautika, timur Tanjung Sedili, Kota Tinggi.
 
Kes disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.
 
Sabit kesalahan, boleh didenda hingga RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, atau, kedua-duanya sekali.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini