Sebuah kapal kargo pukal di Johor yang disyaki bersauh tanpa kebenaran ditahan APMM. Kapal berdaftar di Marshall Islands itu ditahan di kedudukan 10 batu nautika timur laut Tanjung Penawar, Kota Tinggi.
 
Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kapal dikendali 22 kru warga Ukraine, Rusia, Filipina dan Sri Lanka. Nakhoda kapal didapati gagal mengemukakan dokumen kebenaran bersauh Jabatan Laut. Kes disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini