Kapal kontena terbesar dunia mula beroperasi di perairan China pada Rabu. Saiz kapal mega seluas 1,312 kaki panjang dengan keluasan deck 24,000 meter persegi itu bersamaan dengan saiz hampir empat padang bola sepak apabila digabungkan bersama.

Kapal kontena itu direka dan dibina oleh Shanghai Hudong Zhonghua Shipbuilding (Group) Company. Menurut laporan CCTV, kapal berkenaan mampu menampung 240,000 tan berat. Ia turut dilengkapi teknologi pengoptimuman hidrokinetik untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida.

Ia akan berlayar dari timur tengah sehingga ke Eropah. Syarikat pembuatan kapal itu turut mengesahkan telah menerima sembilan tempahan untuk pembuatan kapal kontena dengan saiz yang sama.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini