Sebuah kapal asing yang berlabuh tanpa kebenaran di perairan Perak ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim).

Turut diberkas 30 kru termasuk nakhoda warga Korea Selatan berusia antara 25 hingga 48 tahun.
 
Menurut Pengarah Maritim negeri, Kepten Maritim Shahrizan Raman, penahanan dibuat di kedudukan 30.7 batu nautika tenggara dari Pulau Jarak.

Kapal tangki berdaftar di Korea Selatan itu dipercayai dalam perjalanan ke Oman.

Ia bagaimanapun didapati berlabuh tanpa kebenaran Pengarah Jabatan Laut.
 
Tindakan berkenaan dikesan melalui cerapan radar Sistem
Pengawasan Laut Lumut.

Kesemua kru bersama kapal ditahan di ‘South East Point’  Pulau Pangkor bagi tujuan siasatan.

Insiden disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini