Sebuah kapal yang sarat muatan dengan ribuan kambing biri-biri karam pada Ahad di pelabuhan Laut Merah Sudan di Suakin.
Kebanyakan haiwan di dalam kapal tersebut lemas namun kesemua anak kapal terselamat.
Pegawai kanan Pelabuhan Sudan memberitahu kapal berkenaan membawa 15,800 ekor kambing biri-biri yang melebihi had muatan.
Kapal berkenaan sepatutnya membawa hanya 9,000 kambing biri-biri.
Insiden itu menimbulkan kebimbangan mengenai kesan ekonomi dan alam sekitar.
Jumlah nilai ternakan yang tidak dapat diselamatkan sekitar 14 juta riyal Saudi.
Pemilik ternakan dilapor hanya dapat menyelamatkan sekitar 700 ekor kambing biri-biri.
Utama Rentas Benua