Kapal selam Perancis yang hilang sejak 1968, Minerve akhirnya ditemui.Ia sekaligus menamatkan penantian ahli keluarga kelasi selama 51 tahun.Menteri Pertahanan, Florence Parly berkata, bangkai kapal selam itu ditemui 45 kilometer dari pelabuhan Toulon di selatan Perancis.Minerve membawa 52 kelasi hilang pada 17 Januari 1968 ketika pulang ke pangkalannya di Toulon selepas menjalani latihan.Operasi mencari dimulakan awal tahun ini setelah didesak ahli keluarga mangsa kapal berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini