Di Johor, sebuah kapal tangki LPG, ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia pada kedudukan 14.5 batu nautika timur laut Tanjung Penawar, Kota Tinggi.

Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, kapal dikendalikan 16 kru terdiri daripada lapan lelaki Korea Selatan dan lapan lagi warga Indonesia.

Kesemua mereka mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah. Pemeriksaan ke atas dokumen kapal mendapati nakhoda telah gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut Malaysia.