Cubaan menyeludup 90,000 liter diesel dengan nilai anggaran RM1.5 juta berjaya digagalkan.

Sebuah kapal tangki minyak ditahan awal pagi semalam di perairan Miri.

Pengarah Zon Maritim Miri, Komander Maritim, Eizanizam Muhammad Eng berkata, bot KILAT 42 telah mengesan sebuah kapal tangki minyak kira-kira 1.7 batu nautika dari barat muara Sungai Miri.

Hasil pemeriksaan awal mendapati kapal itu membawa minyak diesel melebihi kuantiti yang dibenarkan di dalam Borang C.

Antara kesalahan dikesan adalah di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, kerana vessel tiada Master serta Domestic Shipping License dan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana tiada dokumen Surat Control Supplies Act.

Empat kru termasuk tekong, warga Indonesia berumur 23 hingga 51 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini