Maritim Malaysia mengkoordinasi bantuan bersama PETRONAS untuk menunda sebuah kapal tanpa kru milik syarikat Indonesia yang terputus tali tundanya  ke lokasi selamat.

Sekali gus mengelakkan risiko kapal berkenaan melanggar pelantar minyak Telok A milik PETRONAS.


Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som menerusi satu kenyataan memaklumkan, Kapal tersebut, Winposh Rampart, ditunda kapal Limin Rosmina dalam perjalanan dari Matak, Indonesia menuju ke Yang Pu, China di kedudukan kira-kira 120 batu nautika dari Kuala Terengganu.

Namun, tali tunda terputus berikutan cuaca buruk yang menghanyutkan kapal itu sehingga memasuki perairan Malaysia.

Sehubungan itu, enam anggota Pasukan Tindakan Khas (PTK) diatur gerak bersama pesawat AW139 ke lokasi kapal hanyut untuk memberi bantuan. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini