Sentuhan bekas ketua jurulatih Datuk P. Arivalagan mungkin ditagih skuad karate negara dalam usaha memperbaiki prestasi semasa sukan berkenaan.

Ia bakal menjadi agenda utama Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) yang ketika ini dalam proses menstruktur semula pasukan negara.

Khidmat Datuk Arivalagan kini dilihat diperlukan semula oleh Makaf namun mungkin atas peranan berbeza bagaimanapun ia perlu menunggu kelulusan daripada mesyuarat Exco.

Timbalan Presiden Makaf, Datuk Vincent Chen memberi bayangan bahawa penglibatan Arivalagan itu antara rombakan besar persekutuan, yang dimuktamadkan sebelum 24 Januari ini selain bakal menggugurkan beberapa atlet dan jurulatih.

Jelas beliau, penstrukturan semula bukan hanya melibatkan skuad kumite, ia juga membabitkan pasukan Kata.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini