Wanita warga asing yang menimbulkan kekecohan kerana dihalang masuk ke sebuah butik mewah di KLCC oleh kakitangan butik dikompaun RM3,000 atas dua kesalahan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya berkata, kompaun dikeluarkan mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2021.

Dua kompaun dikeluarkan ke atas individu terbabit, yang mana setiap satu kesalahan berjumlah RM1,500.

Kesalahan pertama ialah tidak mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan apabila gagal mendaftar masuk ke premis menggunakan aplikasi MySejahtera di kawasan capaian Internet yang luas.

Manakala kesalahan kedua ialah tidak mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan apabila gagal memakai pelitup muka ketika berada di dalam premis.

Terdahulu, polis mengesan klip video yang tular di media sosial sebelum satu siasatan dijalankan berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang dilakukan wanita itu yang digelar sebagai ‘Karen’ oleh warganet.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini