11,000 peluang pekerjaan bakal ditawarkan pada Karnival Kerjaya JaminKerja Keluarga Malaysia 2022, Melaka Careertrans yang akan berlangsung 18 hingga 19 Jun ini.

Karnival anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan kerjasama kerajaan negeri Melaka itu melibatkan 37 majikan berbanding 30 majikan dalam penganjuran sebelumnya.

Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem berkata, turut terlibat syarikat-syarikat besar seperti Petronas dan Sime Darby Plantation Berhad selain syarikat platform digital seperti Grabcar, Iheal Medical Services dan Akla Services.

Seramai 7,000 pengunjung disasar mengunjungi karnival tersebut yang bertempat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Beliau meninjau persiapan karnival berkenaan di MITC, Ayer Keroh.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini