Orang ramai kini boleh melihat karya agung Leonardo da Vinci di Malaysia.Ia selepas Balai Seni Negara mempamerkan hasil karya Reproduksi Leonardo Da Vinci: Opera Omnia bermula 15 Julai lalu hingga 15 ogos ini.Sebanyak 17 karya dipamerkan dalam bentuk digital termasuk karya seperti Annunciation yang dihasilkan pada tahun 1472, The Last Supper (1495) dan paling popular Mona Lisa (1503).Pameran yang dibuka secara percuma di Galeri 3A, Balai Seni Negara ini mendapat sambutan yang mengalakkan dengan lebih 15-ribu jumlah pengunjung.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini