Padi, seni dan pelancongan, pastinya kedengaran sedikit jangkal.

Namun,siapa sangka kombinasi kreatif ini, mampu menghasilkan sebuah karya seni yang sangat indah malah turut menyumbangkan kepada industri pelancongan Jepun.

Sebuah karya yang mengambarkan suasana ikonik Negara matahari terbit itu, terletak di Bandar Gyoda dan kelihatan begitu mengagumkan jika dilihat dari udara.

Karya seni padi ini telah menjadi tradisi tahunan di Bandar Gyoda sejak 2008 dan berjaya menarik ratusan ribu pelancong.

Pelbagai jenis padi akan ditanam supaya menghasilkan pelbagai warna dalam karya seni padi tersebut.

Hasilnya akan dapat dilihat ketika tiba musim menuai.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini