Sejajar hasrat menjadikan Malaysia negara rendah karbon, kewujudan 200 zon rendah karbon disasar menjelang 2030.

Salah satu inisiatif, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), melancarkan program budaya berbasikal ke tempat kerja.

Bertempat di Dataran DBKL, 100 peserta menyertai acara berbasikal sekitar ibu negara sejauh 11 kilometer.

Lebih menarik, kebanyakan peserta kayuhan mengenakan pakaian kerja, sesuai dengan tema hari ini.

Dalam pada itu, DBKL merancang menambah lebih 50 kilometer laluan biru berbasikal di sekitar Kuala Lumpur.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini