Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) akan terus memantau kegiatan perlombongan ‘lintonite’ yang akan dilaksanakan di kawasan Hulu Perak.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata walaupun projek perintis tersebut telah mendapat kelulusan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekitar (EIA), namun pengawasan masih perlu dilakukan.

Jelas beliau, pematuhan syarat kelulusan laporan EIA penting bagi melancarkan aktiviti perlombongan. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Pengurus Kanan dan Jurutera Daerah ke-30 Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia di Ipoh.

Sebelum ini, Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad memaklumkan, pihaknya telah mendapat kelulusan JPS menerusi laporan EIA dalam melaksanakan projek perintis tersebut. Setakat ini, kerja melombong sumber mineral baharu itu masih belum dimulakan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini