Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menasihatkan penerima bantuan bulanannya untuk menyemak dan mengemaskini maklumat peribadi mereka bagi penyaluran bantuan tambahan sebanyak RM150 seorang.
 
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, bantuan ini adalah bantuan terbaharu MAIWP di bawah program Kasih Asnaf-Zero Hunger.
 

Bantuan boleh ditebus melalui aplikasi Boost dan juga dompet MAIWP.
 
Tambah beliau, jika penerima bantuan bulanan MAIWP tidak mempunyai telefon
pintar, boleh terus ke pejabat MAIWP untuk berbuat demikian.
 
Selain itu, MAIWP dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) telah memperuntukan RM3 juta bagi membantu asnaf meningkatkan taraf hidup melalui inisiatif bantuan modal dan ilmu perniagaan kepada dua ribu orang penerima.
 
Beliau ditemui selepas menyampaikan anugerah kepada 94 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MAIWP di ibu negara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini