Kasih seorang ayah mendorong seorang lelaki di China menghasilkan sendiri ubat khas untuk rawatan anaknya.

Xu Wei, terdesak melakukan perkara itu, selepas mendapati ubat yang sesuai digunakan anaknya sukar diperolehi, apatah lagi ketika sekatan sempadan dilaksanakan akibat pandemik COVID-19.

Anaknya Haoyang yang berusia dua tahun, menghidapi Sindrom Menkes, iaitu gangguan genetik yang memberi kesan kepada perkembangan otak dan sistem sarafnya.

Anaknya itu dikatakan hanya mempunyai beberapa bulan untuk hidup.

Xu Wei, yang hanya berpendidikan sekolah menengah dan menjalankan perniagaan dalam talian secara kecil-kecilan, berazam untuk terus berjuang.

Selepas diberitahu penyakit anaknya itu tidak boleh diubati dan satu-satunya ubat yang boleh membantu meringankan gejala, tidak terdapat di China, dia mula menyelidik dan mempelajari ilmu farmaseutikal.

Walaupun mempunyai kekangan, tidak fasih berbahasa Inggeris serta mendapat tentangan rakan dan keluarga, namun Xu Wei tidak berputus asa, seterusnya membuka makmal di rumah bapanya.

Xu Wei akhirnya berjaya menyediakan peralatan untuk menciptanya penawar anaknya sendiri, namun dia tidak dapat memastikan sampai bila ianya mampu bertahan. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini