Jabatan Kastam Diraja Malaysia , JKDM Johor merampas 7.92 juta batang rokok seludup, serta enam ratus botol air zam zam, bernilai RM8.78 juta .
 
Pengarahnya Sazali Mohamad berkata, rokok putih  dirampas di Pelabuhan Pasir Gudang pada 28 Disember manakala air zamzam di Kompleks Sultan Abu Bakar, Gelang Patah pada 30 Disember.

Siasatan mendapati sindiket membuat pengikraran tidak benar, dengan melabelkan dagangan sebagai aksesori cabinet di dalam borang kastam, bagi mengelak cukai tinggi.
 
Seorang lelaki berumur 43 tahun daripada syarikat perkapalan terlibat, diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan.
 
Berhubung rampasan 3,000 liter air zamzam pula ia dipercayai cuba dibawa keluar ke Singapura kerana permintaan tinggi.

Sampel air zam zam tersebut sedang menjalani ujian kimia, dan akan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan sekiranya tulen.
 
Seorang pemandu lori lelaki bersama kelindan lelaki, berumur 21 hingga 30 tahun diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini