Cucu lelaki Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi mencuri perhatian netizen sepanjang sambutan Hari Kemerdekaan negara itu di Istana Merdeka di Jakarta, pada Sabtu.Jan Ethes yang sentiasa mendampingi Jokowi dilihat memakai kasut jenama mewah, Gucci berwarna hitam.Penampilan Jan Ethes sekali gus mengundang kritikan kerana tidak selari dengan gesaan Jokowi yang meminta rakyat negara itu supaya menyokong produk buatan tempatan.Carian di internet menunjukkan harga bagi sepasang kasut kulit yang dipakai Jan Ethes berharga 315 pound atau sekitar RM1598.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini