Kasut sukan yang dipakai bintang bola keranjang NBA, Michael Jordan pada awal kariernya dijual hampir AS$1.5 juta (RM6.23j) sekali gus mencatat rekod lelongan bagi kasut yang dipakai pada perlawanan menurut wakil syarikat lelongan, Sotheby.

Kasut berwarna merah dan putih dipakai oleh ikon sukan itu pada perlawanan kelima musim baru bersama Chicago Bulls.

Jenama sukan Nike yang menaja Jordan pantas menjadikan ia antara kasut yang menarik perhatian ramai di dalam serta luar gelanggang. Rekod harga itu mengatasi sepasang kasut Nike Air Jordans yang dijual pada harga AS$615,000 (RM2.55j) pada Ogos 2020 di lelongan Christie.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini