Sebanyak 20 peratus atau kira-kira 600,000 isi rumah daripada kumpulan M40 telah turun ke B40 akibat COVID-19.

Hal berkenaan dimaklumkan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Eddin Syazlee Shith.

Pada masa ini kategori kumpulan pendapatan masih relevan dengan tumpuan kepada B40 dan M1 iaitu kumpulan 10 peratus terendah dalam kalangan M40.

Berdasarkan kajian yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan, pendapatan kasar bulanan isi rumah secara keseluruhan telah turun 10.3 peratus daripada RM7,901 pada tahun 2019 kepada RM7,089 pada tahun 2020. 

Bagaimanapun, kajian itu tidak mengeluarkan nilai Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang baharu dan nilai PGK 2019 masih dikekalkan.

Beliau menjawab pertanyaan wakil Rasah, Cha Kee Kin di Dewan Rakyat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini