Kementerian Kesihatan (KKM) akan menubuhkan ‘helpdesk’ secara fizikal di beberapa lokasi bagi menyelesaikan masalah berkaitan maklumat dalam aplikasi MySejahtera.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata ia termasuk isu membabitkan maklumat seperti sijil vaksinasi digital.

Beliau berkata, ‘heldesk’ fizikal pertama akan dibuka di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia (WTC) di ibu negara pada 19 Februari ini.

Katanya, satu lagi ‘helpdesk’ fizikal akan dibuka di PPV Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam pada 26 Februari.

Khairy sebelum ini menerima aduan daripada orang ramai yang masih menunggu mendapatkan sijil vaksinasi digital masing-masing.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini