Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, menasihati rakyat agar sentiasa mengawal pengambilan kalori pada perayaan Aidilfitri ini. Beliau turut menasihati mereka supaya minum air kosong secukupnya dan mengurangkan pengambilan air berkarbonat. Beliau turut berpesan kepada mereka yang pulang beraya di kampung halaman, supaya memastikan persekitaran kediaman rumah bersih dan tiada tempat takungan air yang boleh menjadi punca pembiakan nyamuk aedes. Beliau berkata demikian dalam satu video perutusan Hari Raya Aidilfitri yang dimuatnaik di Facebook kementerian kesihatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini