Kawalan kandungan siaran menerusi platform penstriman dalam talian ‘ OVERTHETOP’ (OTT), sukar dilaksanakan, terutamanya yang berpangkalan di luar negara.

Tegas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, perundangan sedia ada hanya boleh dikuatkuasa terhadap platform berdaftar dan dilesenkan di Malaysia sahaja. 

Tan Sri Annuar berkata, ketika ini, tumpuan terarah kepada usaha melaksana program advokasi, bagi memastikan wujud kematangan dalam pemilihan rancangan atau program tontonan dalam platform penstriman dalam talian.
 
Di Malaysia, beberapa langkah pengawalan diambil.

Contohnya, Netflix antaranya menyediakan khidmat ‘Pemantauan Ibu Bapa’ bagi membolehkan mereka mengawal selia penggunaan platform tersebut oleh anak-anak.
 
Ia termasuk, menyekat kandungan dalam kategori Remaja dan Dewasa dengan menetapkan kata kunci.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini