Syarikat pembuat motosikal Kawasaki membawa kelainan pada Pameran Robot Antarabangsa 2020 (iREX) dengan sebuah robot berbentuk kambing. Robot yang diberi nama ‘RHP Bex’ ini menyerupai spesies kambing Ibex lengkap dengan tanduk.

Kelainan yang ditonjolkan Bex adalah ia boleh menurunkan badannya serta bergerak menggunakan tayar yang dipasang di bahagian buku lali dan kaki. Dalam satu kenyataan Kawasaki berkata, syarikat itu ingin mengembangkan lagi Bex bagi membolehkannya digunakan di kilang pembuatan, tapak pembinaan serta ladang.

Ketika ini Bex mampu membawa muatan sehingga 160 kilogram. Kawasaki turut memperkenalkan robot ‘RHP Friends’ untuk kegunaan di pusat jagaan warga emas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini