Detik cemas seorang pekerja Ladang Risda di Cherul, Kemaman apabila terperangkap dalam banjir di kawasan ladang berkenaan selepas air Sungai Cherul melimpah.

Mangsa, Adam Haqimi Aqil Alias, 21 tahun berjaya diselamatkan kira-kira pukul 4.40 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Hanif Che Khalid berkata, bomba menerima panggilan memohon bantuan daripada mangsa kira-kira pukul 11 pagi.
 
Menurut Penolong Penguasa Bomba Mohd Hanif, sebaik menerima panggilan, gerakan mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan dengan kekuatan 14 anggota bersama polis dan dibantu orang awam.
 
Operasi SAR  bermula kira-kira pukul dua petang dengan menggunakan sebuah bot milik bomba dan bot gentian kaca orang awam.
 
Pasukan penyelamat mengambil masa lebih dua jam untuk menyelamatkan mangsa ekoran lokasi kejadian terletak kira-kira 40 kilometer dari jalan luar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini