Perkembangan insiden tanah mendap di Seri Kembangan, Selangor.
Kerja-kerja mengalihkan kenderaan giat dilaksanakan.
Tinjauan mendapati, wujud rekahan kecil di jalan raya kawasan berkenaan disebabkan pemasangan cerucuk kepingan besi.
Pengarah Jabatan Kejuruteraan Majlis Bandaraya Subang Jaya, (MBSJ), Rosli Mohd Junus memaklumkan keadaan adalah terkawal.
Pasukan keselamatan termasuk polis dan bomba, masih berada di lokasi insiden untuk pemantauan.
Sebagai langkah keselamatan, orang awam tidak dibenar masuk kawasan berkenaan.