Pelumba berbasikal lebuh raya Terengganu, Siti Nur Alia Mansor menjelaskan bahawa dia mungkin bakal memulakan kayuhan pertamanya di bumi Sepanyol dalam satu perlumbaan pada Mac ini.

Pelumba Canyon-SRAM Racing Team yang berpangkalan di Sepanyol itu memaklumkan, dia juga akan diperkenalkan sebagai pelumba baharu pada Sabtu ini.

Siti Nur Alia sebelum ini mencipta sejarah menjadi pelumba wanita pertama negara dan Asia Tenggara menyertai pasukan berbasikal jelajah dunia Eropah.

Pelumba berusia 21 tahun itu mengakui tawaran kontrak selama setahun daripada pasukan ranking kelima dunia itu merupakan peluang besar baginya meningkatkan prestasi, sekali gus menyalakan impian layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini