Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev membubarkan Kabinet. 

Ia berikutan konflik tunjuk perasaan rakyat, membantah kenaikan harga bahan api.

Beliau dilaporkan menerima peletakan jawatan semua menteri dalam Kabinet yang diterajui Perdana Menteri, Askar Mamin.

Susulan itu, Timbalan Perdana Menteri, Alikhan Smailov akan mengambil alih tugas askar sehingga barisan Kabinet baharu dibentuk.

Kassym-Jomart mengarahkan barisan kepemimpinan yang ada untuk melaksanakan kembali kawalan harga gas petroleum cecair dan meluaskan mekanisme itu terhadap produk komoditi lain.

Beliau turut menggesa kerajaan untuk membangunkan sistem perundangan muflis peribadi, selain mewujudkan pendekatan untuk membekukan harga utiliti dan peruntukan subsidi bayaran sewa kepada keluarga miskin.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini