Kazakhstan menguatkuasakan darurat di bandar besar Almaty dan daerah yang kaya dengan minyak, Mangystau berkuat kuasa hari ini hingga 19 Januari depan.

Ia susulan tunjuk perasaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini bagi membantah kenaikan harga gas petroleum cecair (LPG).

Perintah darurat itu ditandatangani Presiden Kassym Jomart Tokayev.

Perintah berkurung akan berkuat kuasa di kedua-dua kawasan berkenaan dari pukul 11 malam hingga 7 pagi.

Terdahulu, Tokayev meminta rakyat tidak tunduk terhadap sebarang provokasi dari dalam dan luar negara serta tidak mengikuti desakan untuk menyerang bangunan Kerajaan.

Tindakan itu merupakan satu jenayah. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini