Kempen Beli Barangan Malaysia, (KBBM) tahun ini akan memberi tumpuan kepada aktiviti jualan secara dalam talian.

Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Roziah Abudin memaklumkan, Ini berdasarkan peningkatan trend beli belah di platform dalam talian yang turut memacu nilai jualan berjumlah 3.3 bilion ringgit pada penganjuran KBBM tahun lalu.

Pengguna juga dinasihat menjadi pengguna bijak dan mendapatkan maklumat bagi merancang perbelanjaan mereka.

Majlis perasmian KBBM akan dilancarkan pada 11 November di Dataran Cenang, Langkawi.

Karnival jualan produk tempatan yang bertujuan merancakkan ekonomi masyarakat setempat ini akan berlangsung sehingga 14 November.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini