Kementerian Belia dan Sukan (KBS) enggan meletakkan sebarang tekanan kepada pemain muda skuasy negara, Aifa Azman selepas muncul juara Terbuka Malaysia, semalam.
 
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memuji kecemerlangan prestasi yang ditampilkan Aifa dalam kejohanan tersebut dan menyifatkan ia satu pencapaian yang membanggakan.

Pihaknya akan terus memberi sokongan dan berharap Aifa mengekalkan momentum sama pada kejohanan lain kelak.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program Derma Darah “Perak Foodbank” di Ipoh.
 
Terdahulu, Aifa melakar kejutan dengan menundukkan pilihan utama dari Mesir, Salma Hany di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil.

Aifa yang beraksi dengan tiket wildcard menewaskan pemain ranking ke lapan dunia itu dengan catatan 12-10, 11-8, 11-4.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini