Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dicadang menggunakan beberapa stadium lain bagi meneruskan kempen kejohanan tersebut.

Ia berikutan isu melibatkan stadium perlawanan bagi aksi kelayakan Piala Asia 2023.
 
Perkara tersebut disuarakan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Jelas Datuk Seri Ahmad Faizal, langkah itu bagi mengelakkan sebarang perlawanan yang terlibat terganggu sekiranya hujan lebat berlaku seperti di Stadium Nasional Bukit Jalil, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keadaan stadium ketika perlawanan Malaysia menentang Bahrain, Sabtu lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini