Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bercadang mengiktiraf e-sukan dan tarian singa sebagai sukan secara rasmi dalam Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576).

Perkara tersebut dimaklumkan Timbalan Menterinya Datuk Seri Ti Lian Ker, hari ini.

Menurut beliau, bagi tujuan tersebut, pihaknya mencadangkan pindaan Akta 576 agar e-sukan dan tarian singa dapat ditadbir urus dengan lebih baik.

Jelas Datuk Seri Lian Ker, kedua-dua sukan itu tidak disebut sebagai satu kategori sukan, walaupun secara asasnya ia tergolong dalam sukan rekreasi terutama tarian singa yang mempunyai disiplin, seni dan latihannya tersendiri.

Tambah beliau, kelulusan pindaan tersebut akan diusahakan oleh Pesuruhjaya Sukan dan akta sukan berkenaan pernah dipinda sebanyak dua kali sebelum ini pada tahun 2000 dan 2004.

Ketika ini terdapat 48 sukan disenaraikan dalam Akta 576 antaranya memanah, olahraga, sukan bermotor, kecergasan, paralimpik, bola sepak, hoki, badminton, sukan tradisional, berdayung, sukan air, silat, wushu, kabbadi, bola jaring dan lumba basikal.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini